Rindu Arafah
Monday, January 9, 2006 - Rindu Arafah
linanganku Ya Allah
menjadi saksi betapa aku merinduiMu
menjadi pengisi dari telinga yang mencari panggilanMu
akankah hati dan kaki ini menujuMu
bilakah hati dan kaki ini menujuMu
aku rindu arafahMu
aku rindu jabalrahmahMu
aku rindu rumahMu
jangan biarkan aku meratap ya Allah
kerana Engkau tak memanggilku segera
jangan biarkan tetesan bening ini melaut menjadi samudera
kerana Engkau tak memanggilku segera
jangan biarkan buliran cinta ini mengering menjadi sahara
kerana Engkau tak memanggilku segera
bilakah aku berpeluh di arafahMu
hingga aku berteriak labbaik Allohuma Labbaik
sungguh aku takut berpeluh di mahsyarMu
hingga aku berteriak:
jadikan saja aku domba
yang tak akan dimintakan
pertanggungjawaban olehMu ya Allah
bilakah aku ke arafahMu?
riza almanfaluthi
dedaunan di ranting cemara
saat aku merindui Arafah
17:31 09 Januari 2005
No comments:
Post a Comment